Hujan lebat akibatkan tanah runtuh di Ampang 

Hujan lebat akibatkan tanah runtuh di Ampang 

KEADAAN runtuhan tanah di Taman Mega Jaya, Ampang petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat petang ini menyebabkan kejadian tanah runtuh di Taman Mega Jaya, Ampang, dekat sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kira-kira pukul 2.48 petang berhubung kejadian itu yang tidak melibatkan struktur rumah dan mangsa.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat berkenaan.

“Ketika tiba, kita mendapati berlaku kejadian tanah runtuh ketinggian 30 meter  dan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

“Terdapat sebuah rumah paling hampir dengan runtuhan tersebut kira-kira 20 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya