KUANTAN: Negara dikhuatiri berdepan krisis bekalan sayur lebih serius ekoran kekurangan sumber makanan itu khususnya di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands, dekat sini sehingga mencecah 20 hingga 45 peratus berikutan musim tengkujuh. Antara sayur utama yang mengalami kekurangan adalah kubis bulat, tomato, salad, cili merah dan daun bawang sekali gus menyebabkan harganya di peringkat ladang meningkat antara 30 hingga 50 peratus. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Pertubuhan Pekebun-pekebun Sayur Cameron Highlands, Chay Ee Mong berkata, ekoran faktor cuaca, kekurangan bekalan sayur utama di Cameron Highlands kritikal ketika ini. Katanya, hanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya