Hanya lapan kali Cabutan Khas 4D dibenarkan mulai tahun depan

Hanya lapan kali Cabutan Khas 4D dibenarkan mulai tahun depan

anwar
Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mulai tahun hadapan cabutan khas atau istimewa nombor ramalan empat digit (4D) dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata. keputusan drastik itu diambil walaupun baru sehari mengetuai Kementerian Kewangan.

“Pada hari ini saya arahkan ia )cabutan khas $D) dikekalkan pada tahap lama, iaitu lapan kali (setahun),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya di sini hari ini,

Pada tahun 2021, kerajaan telah memberikan kebenaran syarikat terbabit mengadakan 22 “cabutan khas” untuk nombor 4D tahun ini, tiga kali ganda daripada biasa.

Anwar menegaskan bahawa kerajaan pada masa itu termasuk pemimpin Pas dan Bersatu.

Di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, terdapat hanya lapan cabutan khas seperti itu.

Anwar juga berkata, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Banjir Putrajaya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof telah ditugaskan untuk memastikan bahawa semua perkara yang belum selesai yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dipercepat.

Beliau juga berkata kerajaannya akan meneruskan sebarang dasar yang baik yang diperkenalkan oleh pentadbiran terdahulu yang diketuai oleh Ismail Sabri Yaakob. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya