GWGF rangka memorandum khas peneroka Felda - Utusan Malaysia

GWGF rangka memorandum khas peneroka Felda

memorandum felda
ROZALI Ismail (dua kiri) melepaskan konvoi itu di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sedang merangka satu memorandum khas mengenai pelbagai isu peneroka untuk diserahkan kepada Kerajaan Perpaduan.

Memorandum tersebut bertujuan membawa suara semua golongan peneroka supaya kerajaan baharu menyelesaikan isu berbangkit seperti pengurusan tanah, masalah sosial dan pendidikan.

Presidennya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu meliputi syor bagi menangani permasalahan dihadapi lima juta generasi Felda di seluruh negara.

“Memorandum yang akan dilengkapkam menerusi beberapa syor dalam masa terdekat itu akan diserahkan kepada kerajaan awal tahun depan.

“Sebahagian draf memorandum itu telah hampir disiapkan dan kita sedang meneliti apa yang boleh ditambah baik untuk kepentingan generasi masa depan,” kata katanya ketika ditemui pada program Konvoi Ride Bersekutu Versi 5 (RBVS 2022) di Bandar Puncak Alam, hari ini.

Pelepasan konvoi disertai 500 motosikal berkuasa tinggi itu disempurnakan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim.

Jelas Rozali, sebanyak 14 persatuan di bawah GWGF turut akan mengadakan pertemuan dengan kementerian yang menjaga Felda.

“Inisiatif itu bertujuan membincangkan isu yang boleh diselesaikan bersama sekali gus memacu kepentingan peneroka dan generasi berikutnya. GWGF menyokong sepenuhnya pentadbiran kerajaan baharu ini dan Perdana Menteri,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau beliau berkata, penganjuran program konvoi selama eua hari berkenaan bermula dari Puncak Alam ke Seberang Prai, Pulau Pinang.

“Konvoi disertai penunggang motosikal dari Gabungan Kelab-Kelab Permotoran Malaysia (GKPM), Singapura dan Thailand itu dianjurkan setiap tahun sejak 2016.

“Program itu bertujuan mempromosikan kempen keselamatan jalan raya selain meningkatkan semangat kesukarelawan dan mengeratkan silaturrahim antara kelab permotoran di negara ini,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya