GEORGETOWN: Generasi muda akan menjauhi UMNO sekiranya parti itu tidak mengadakan pemilihan dan menyekat pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Veteran politik, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata, pemimpin tertinggi UMNO mesti berani menyahut cabaran dan mengekalkan prinsip demokrasi yang selama ini dipegangnya dengan mempertandingkan semua jawatan dalam parti itu. ”Jangan tutup pintu untuk pertandingan, semua jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden perlu dipertanding pada pemilihan akan datang. ”Kalau selepas pintu pertandingan dibuka dan tiada calon yang mahu bertanding itu perkara lain. Yang penting adalah UMNO perlu kekalkan demokrasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya