Gempar buaya naik atas jalan di Pekan

Gempar buaya naik atas jalan di Kampung Seri Damai

TANGKAP layar video memaparkan seekor buaya berada di atas jalan yang dirakamkan penduduk yang melalui Jalan Air Hitam di Kampung Seri Damai di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kehadiran seekor buaya di atas jalan yang dinaiki air banjir di Kampung Seri Damai, di sini menggemparkan penduduk di situ. 

Video kehadiran reptilia berkenaan dirakamkan penduduk yang melalui Jalan Air Hitam di kampung itu kira-kira pukul 9 malam semalam.

Berdurasi 33 saat, video itu dimuat naik pemilik akaun Facebook Rafiq Khan.

Rafiq atau nama sebenarnya Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis berkata, video buaya itu diperoleh daripada salah seorang penduduk di kampung tersebut. 

Beliau berkata, penduduk yang melalui Jalan Air Hitam di Kampung Sri Damai pada pukul 9 malam terserempak dengan seekor buaya yang bersaiz besar dipercayai dari Sungai Belat, di sini.

“Kita memang sedia maklum, di situ memang kawasan habitat buaya dan setiap kali hujan, bila air melimpah atas jalan, buaya sering berlegar di lokasi itu.

“Kebetulan ini kali pertama penduduk dapat rakam dan ditularkan dalam media sosial,” katanya di sini hari ini.

Mohammad Rafiq Khan menasihatkan penduduk supaya berhati-hati atau mengelak melalui jalan itu jika ia dinaiki air.

“Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka tidak bermain air di kawasan itu. Kita khuatir perkara tidak diingini berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya