Gagal ragut, penghantar makanan dicekup - Utusan Malaysia

Gagal ragut, penghantar makanan dicekup

Gagal ragut
SUSPEK yang ditahan selepas gagal meragut di tepi Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, Kuala Langat, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Cubaan nekad seorang penghantar makanan ragut rantai leher bukan saja digagalkan mangsa malah turut dicekup polis di tepi Jalan Sultan Abdul Samad, Banting di sini, semalam. 

Kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu melibatkan suspek lelaki berusia 27 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd. Sufian Amin berkata, suspek pada awalnya meragut rantai milik seorang lelaki sebelum cuba meloloskan dengan motosikal tersebut, namun mangsa berjaya menarik tangan suspek sebelum motosikalnya hilang kawalan dan melanggar sebuah kenderaan di lokasi kejadian.

“Mangsa menahan dan merampas semula rantai leher miliknya daripada suspek. Dia kemudian menghubungi polis lalu menyerahkan tangkapan dan rampasan bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Sufian, semakan pihaknya mendapati suspek yang gagal ragut itu memiliki tiga rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan dengan membawa lari harta mangsa. Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya