Gadis lembam cekal jaga kakak, abang OKU 

Gadis lembam cekal jaga kakak, abang OKU 

NURUL Izzah Sabarudin (tengah) menjaga kakak dan abangnya selepas kematian ibu bapa mereka di Kampung Jerek, Gua Musang, Kelantan. - FOTO/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam cekal menjaga kakak dan abang yang senasib dengannya selepas kematian ibu bapa mereka lebih setahun lalu.

Nurul Izzah Sabarudin, 23, walaupun dilahirkan tidak seperti manusia normal lain, namun itu bukan halangan buatnya untuk bertanggungjawab menjaga kakaknya Nursuraya, 27, dan abangnya, Muhammad Saiful Akhbar, 25.

Menurutnya, dia bersyukur apabila mempunyai ibu dan bapa saudara yang tinggal berhampiran dengan rumah turut memantau keadaan mereka sekeluarga.

“Ibu Kamariah Ariffin meninggal dunia akibat kanser tiroid dan bapa kami, Sabarudin Jaafar meninggal akibat penyakit diabetes.

“Selepas menjadi yatim piatu, kami bernasib baik apabila dapat berteduh di rumah peninggalan bapa. Kami bertiga terpaksa berdikari dan bersyukur apabila mempunyai saudara mara yang mengambil berat,” katanya kepada pemberita semasa menerima kunjungan dari Persatuan Cakna Kasih yang menyampaikan bantuan kepada mereka di rumahnya di Kampung Jerek, di sini hari ini.

Nurul Izzah memberitahu, dia pernah pendidikan formal di Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Muhammadi Gua Musang sehingga mendapat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Katanya, bagaimanapun dia terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pengajian kerana ingin fokus menjaga adik-beradiknya.

“Kakak dan abang mengalami kesukaran untuk bertutur dengan jelas dan menguruskan diri sendiri.

“Setakat ini saya juga tidak berdepan masalah besar menjaga mereka walaupun kadang-kala mereka bersikap agresif. Saya akan terus menjaga mereka selamanya,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi Nurul Izzah di talian 01140557582/01170701834 atau melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional miliknya, 0301241100047545. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya