PUTRAJAYA: Seramai dua timbalan menteri yang dilantik dalam Kerajaan Perpaduan adalah mereka yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Kedua-dua mereka itu adalah dalam kalangan wanita yang mewakili Pakatan Harapan (PH) iaitu Fuziah Salleh dan K. Saraswathy masing-masing bertanding bagi kerusi Parlimen Kuantan dan Tapah.
Fuziah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Saraswathy ditugaskan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Kedua-dua mereka akan dilantik sebagai senator. – UTUSAN