Ezra Kong raih royalti MACP 2022 paling tinggi - Utusan Malaysia

Ezra Kong raih royalti MACP 2022 paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerja keras komposer, Ezra Kong menghasilkan lagu berkualiti terbalas apabila dipilih sebagai penerima trofi Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi, Anugerah Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP) 2022 yang berlangsung, malam tadi.

Komposer berusia 34 tahun itu mengetepikan penyandang trofi sama tahun lalu, Datuk M. Nasir dan gitaris kumpulan Floor 88, Zai Hamzah.

Syarikat rakaman, MVM Production Sdn. Bhd. pula menoktahkan penguasaan Luncai Emas Sdn. Bhd. apabila memenangi kategori Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak.

Universal Music Publishing Sdn. Bhd. pula mempertahankan kemenangan tahun lalu bagi kategori Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi.

Dalam pada itu, penyanyi dan komposer muda berbakat, Naim Daniel diangkat sebagai Komposer Muda Berpotensi tahun ini.

Floor 88 bagaimanapun, tidak pulang dengan tangan kosong selepas lagu Hutang diiktiraf sebagai Lagu Melayu Dengan Dendangan Terbanyak.

Malam gilang-gemilang itu juga menjadi momen penuh bermakna buat Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab yang dipilih sebagai penerima Anugerah Nadi Cipta.

Anugerah MACP adalah platform mengiktiraf penggiat seni, merangkumi komposer dan penulis lirik yang dinilai berdasarkan hasil royalti daripada persembahan muzik di stesen televisyen dan radio, konsert, acara makan malam dan lain-lain organisasi yang dilesenkan badan tersebut.

Kemeriahan acara itu ditambah dengan persembahan barisan artis tersohor seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Syamel, Ernie Zakri, Amelina dan ramai lagi.

Senarai pemenang:

1. Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi – Ezra Kong

2. Komposer Muda Berpotensi – Naim Daniel

3. Nadi Cipta – Datuk Seri Dr Ahmad Nawab

4. Lagu Melayu Dendangan Terbanyak-Hutang/Floor88 (Komposer & Penulis Lirik: Zai
Hamzah)

5. Lagu Cina Dendangan Terbanyak – A Lai Si Jia Hai Wan/Firdhaus (Komposer & Penulis Lirik: Firdhaus & Li Kang Ning)

6. Lagu Tamil Dendangan Terbanyak – Ennai Kollathey/Ganesh & Kumaresh (Komposer & Penulis Lirik: Ztish & Yuwaji)

7. Lagu Inggeris Dendangan Terbanyak- Crush/Yuna (Komposer & Penulis Lirik: Yuna, Raymond Usher, Robinson Maclean, Warfield &
Brian Keith)

8. Lagu Luar Negara Dendangan Terbanyak – Faded/Alan Walker (Komposer & Penulis Lirik:
Jasper Borgen, Anders Froeen, Gunnar Greve, Alan Walker)

9. Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi – Tak Tahu Malu/ Atmosfera (Komposer & Penulis Lirik: Hezron Rayner)

10. Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi – MVM Production Sdn. Bhd.

11. Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi – Universal Music Publishing Sdn. Bhd.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya