PETALING JAYA: Seramai enam pemimpin daripada UMNO, DAP dan GPS masing-masing dilantik sebagai timbalan menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pimpinan UMNO terdiri daripada Datuk Seri Ahmad Maslan yang merupakan Timbalan Menteri Kewangan diikuti Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (Timbalan Menteri Dalam Negeri); Datuk Siti Aminah Acing (Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi); Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Kerja Raya); Mohamad Yusof Apdal (Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi) dan Datuk Muhamad Alamin (Timbalan Menteri Luar Negeri).
Wakil daripada DAP pula ialah Steven Sim yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan; Ram Karpal Singh (Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Chang Foong Hin (Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan); Liew Chin Tong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri); Teo Nie Ching (Timbalan Menteri Komunikasi Digital) dan Lim Hui Ying (Timbalan Menteri Pendidikan).
Bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS), pemimpinnya ialah Datuk Rubiah Wang (Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah); Datuk Hasbi Habibollah (Timbalan Menteri Pengangkutan); Datuk Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Ekonomi); Datuk Seri Huang Tiong Sii (Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim); Lukanisman Awang Sauni (Timbalan Menteri Kesihatan); Datuk Wilson Ugak Kumbong – (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
Pelantikan pemimpin PKR pula melibatkan seramai lima wakil iaitu Akmal Nasrullah Mohd. Nasir (Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan); Fuziah Salleh (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup); Saraswathy Kandasami (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Adam Adli Abd. Halim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) dan Mustapa @ Mohd. Yunus Sakmud (Timbalan Menteri Sumber Manusia).
Parti Amanah Negara (Amanah) pula diwakili dua pemimpinnya iaitu bekas Menteri Besar Melaka, Adly Zahari (Timbalan Menteri Pertahanan) dan Aiman Athirah Sabu (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
Di samping itu, masing-masing satu pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilantik iaitu Datuk Arthur Joseph Kurup (Timbalan Menteri Sains dan Teknologi) dan Khairul Firdaus Akhbar Khan (Timbalan Menteri Pelancongan). – UTUSAN