Empat rumah di Pokok Sena terlibat kebakaran - Utusan Malaysia

Empat rumah di Pokok Sena terlibat kebakaran

ANGGOTA bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Taman Indah Jabi di Pokok Sena.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKOK SENA: Empat rumah teres di Taman Indah Jabi, di sini musnah sehingga 80 peratus dalam kebakaran yang berlaku tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.54 tengah malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dan Alor Setar dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan rumah bernombor 80, kebakaran turut merebak kepada rumah bersebelahan.

“Jumlah terlibat adalah empat rumah dan kenderaan yang terjejas dalam kebakaran terbabit adalah dua kereta dan sebuah motosikal,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi memadam kebakaran tersebut dengan bantuan enam pasukan Bomba Sukarela itu tamat pada pukul 3.02 pagi ini.

“Tindakan PKO adalah dengan menggunakan satu aliran 100 kaki dengan dua pancutan air bagi memadam kebakaran di bahagian hadapan rumah, anggota bantuan dari BBP Alor Setar memadam dengan satu aliran dengan dua pancutan air di bahagian belakang rumah. 

“Kejadian mengakibatkan rumah-rumah terlibat mengalami kebakaran antara 10 hingga 80 peratus. Bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya