SUNGAI BULOH : Empat mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada pukul 12.50 tengahari untuk dibedah siasat.
Mangsa ke 27, 28, 29 dan 30 yang ditemukan itu adalah seorang kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan, seorang wanita dewasa dan lelaki dewasa.
Empat daripada tujuh mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm (FoF) yang hilang sejak Jumaat lalu, berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini sekitar 11.30.
Jumaat lalu, media melaporkan tragedi tanah runtuh melibatkan tapak perkhemahan FoF melibatkan 94 mangsa sekitar pukul 2.42 pagi.
Seramai 61 mangsa dilaporkan selamat sehingga kini, manakala 30 meninggal dunia dan tiga masih dalam proses pencarian. – UTUSAN