Empat ekor lembu 'tidak bertuan’ ditangkap

Empat ekor lembu ‘tidak bertuan’ ditangkap

ANGGOTA penguat kuasa MDGM menangkap lembu yang berkeliaran di laluan utama Gua Musang, Kelantan, semalam. - IHSAN MDGM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) menangkap empat ekor lembu ‘tidak bertuan’ yang berkeliaran bebas dan dikhuatiri menjadi punca kemalangan di laluan utama di jajahan ini, semalam.

Penolong Setiausaha MDGM, W. Mohd. Afiq W. Alias berkata, Op Sepadu Haiwan Rayau tersebut melibatkan tiga lokasi iaitu Jalan Gua Musang-Paloh, Jalan Felda Chiku 3-Felda Aring dan Jalan Gua Musang-Tasik Kenyir.

“Daripada jumlah tersebut, tiga ekor lembu kita tangkap di sekitar Felda Chiku 1 yang menuju ke Tasik Kenyir. Seekor lagi berhampiran kilang sawit di Felda Chiku 2.

“Kesemua haiwan ini ditangkap kerana berkeliaran di tempat awam. Pihak kami percaya kesemua lembu-lembu ini mempunyai tuan, namun dibiarkan bebas berkeliaran. Bagaimanapun, pemilik boleh membuat penebusan haiwan ini mengikut prosedur tuntutan semula seperti yang ditetapkan dalam masa tujuh hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya