Dulu tak fikir panjang, ingat buat duit sahaja - Aisar Khaledd - Utusan Malaysia

Dulu tak fikir panjang, ingat buat duit sahaja – Aisar Khaledd

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pempengaruh, Aisar Khaledd, mengakui gara-gara tidak berfikir panjang ketika awal penglibatan dalam dunia kandungan media sosial menyebabkan dia menerima kecaman yang dahsyat.

Jelasnya, ketika itu dia hanya memikirkan soal keuntungan dan populariti yang diraih sebagai pencipta kandungan media sosial.

“Dulu, saya tidak fikir impak atau kesan. Saya hanya fikir jumlah tontonan yang boleh mendatangkan keuntungan. Semua di media sosial nak popular dan buat duit.

“Tetapi, saya tak fikir panjang. Tidak fikir apa impak pada masa akan datang. Saya sedar sekarang, setiap kandungan perlu ada manfaat kepada umum.

“Mungkin sekarang saya semakin matang. Kalau boleh mahu kongsi gambar atau video yang beri manfaat sahaja,” katanya.

Bercakap soal kerjaya, kongsi Aisar, biarpun dia popular sebagai pempengaruh, tidak bererti ia jalan mudah untuknya mendapat tawaran lakonan.

Katanya, dia juga sedar, mungkin ada beberapa produser yang ragu-ragu menawarkan watak atau karakter kerana statusnya sebagai pempengaruh.

“Mungkin ada yang fikir saya memilih watak dan karakter. Saya terbuka sahaja. Tidak kisah besar atau kecil watak itu.

“Ada juga yang cakap saya berlagak, tetapi dakwaan itu tidak benar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya