Dulu nampak padang, sekarang lihat puncak pokok

Dulu nampak padang, sekarang lihat puncak pokok

RUMAH terapung yang dibina A. Bakar Che Ahmad di Kampung Tebak, Kemaman, Terengganu. – MINGGUAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seorang penoreh getah menarik nafas lega apabila rumah terapung yang dibinanya berfungsi dengan baik selepas dinaiki air dalam kejadian banjir di Kampung Tebak di sini sejak Ahad lalu.

Bakar Che Ahmad, 67, berkata, rumah rakit yang dibina dengan kos hampir RM50,000 itu terapung dengan baik meskipun dinaiki air lebih lima meter.

“Alhamdulillah, usaha buat rumah terapung ini berjaya. Saya memang yakin rumah ini mampu terapung sebab segala aspek sudah dikaji selepas berjaya bina reban terapung pada 2018,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak merasakan sebarang perbezaan tinggal dalam rumah tersebut ketika berada atas tanah mahupun ketika berada atas air berikutan arus kawasan itu tidak laju.

“Pak cik tak rasa pun rumah naik atau bergoyang, cuma hanya pandangan yang berbeza, sebelum ini nampak padang di sebelah rumah, namun kali ini nampak puncak pokok,” katanya.

Bapa kepada tujuh orang anak ini berkata, dia mengambil masa kira-kira tujuh bulan untuk membina rumah lengkap dengan lima buah bilik dan bilik air menggunakan kayu serta menggunakan 69 biji tong plastik sebagai pelampung bagi memastikan rumah itu terapung apabila banjir.

Bagi memastikan rumah tersebut tidak hanyut, A. Bakar berkata, dia membina dua batang tiang setinggi enam meter di kiri dan kanan rumahnya.

“Pak cik rancang untuk tambah lagi 20 biji tong plastik di bahagian bawah bagi memastikan lantai rumah lebih kukuh,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Fatimah berkata, rumah rakitnya bukan sahaja menjadi tumpuan orang ramai, malah anak dan cucunya yang pulang bercuti turut dapat merasai tinggal di rumah terapung itu.

“Biasanya, mak cik dan pak cik duduk berdua di bahagian atas rumah lama kami. Namun kali ini kebetulan anak-anak pulang bercuti, mereka dapat teman kami hingga 11 orang duduk dalam rumah ini.

“Bekalan makanan kami sudah siapkan awal-awal supaya tak terputus. Lagipun, kami ada bot gentian kaca, boleh digunakan untuk keluar membeli makanan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya