Duan Nago Bogho angkat perjuangan seni Mak Yong

Duan Nago Bogho angkat perjuangan seni Mak Yong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Filem Duan Nago Bogho terbitan Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. bukan sekadar sebuah filem yang memartabatkan dialek Kelantan semata-mata.

Pengarah dan pelakonnya, Sabri Yunus memaklumkan, filem tersebut turut mengangkat perjuangan untuk mempertahankan seni berasal dari negeri tersebut iaitu Mak Yong.

“Ia bukan sekadar filem aksi semata-mata, malah lebih kepada perjuangan dalam memartabatkan maruah seni Mak Yong.

“Tiga faktor saya rangkumkan dalam naskhah ini iaitu cinta pada seni, pertembungan ideologi seni dan nilai setiakawan serta pembelotan,” katanya.

Duan Nago Bogho berkisarkan seorang penggiat Mak Yong yang mempunyai dua personaliti iaitu sebagai pencinta seni tradisional tetapi suka bergaduh.

Duan diminta ayahnya meninggalkan kampung halaman dan mencari kerja lain selepas dia mencetuskan pergaduhan dengan salah seorang penonton persembahannya.

Penghijrahannya ke Kuala Lumpur mencetuskan pelbagai konflik, terutama selepas dia terbabit dengan masalah dihadapi Nancy.

Dalam pada itu, penerbit, Kolonel Bersekutu Arisz Ab. Rahman memaklumkan, dia tertarik dengan skrip dan jalan cerita filem tersebut yang juga idea asal Sabri.

“Filem ini adalah wajah kita yang menggabungkan aksi dengan seni budaya Mak Yong.

“Walaupun latarnya mengenai kehidupan pemuda Kelantan, isu, mesej dan jalan ceritanya berlaku di mana sahaja,” katanya.

Filem yang menelan kos pembikinan sebanyak RM2 juta itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Asrul Faizal, Rosyam Nor, Sangeeta Krishnasamy, Husairi Husain, Angeline Tan, Issey Fadzlisham, Jason Chong dan ramai lagi.

Filem ini akan menemui penonton pada 19 Januari depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya