Dua Timbalan Menteri Kewangan tekad bekerja demi rakyat, negara

Dua Timbalan Menteri Kewangan tekad bekerja demi rakyat, negara

UMNO
AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan bertekad memberikan khidmat terbaik dan gigih bekerja demi rakyat serta negara selepas dilantik memegang jawatan itu dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad turut berjanji  berpegang kepada prinsip-prinsip mulia sepanjang perkhidmatannya.

“Terima kasih atas kepercayaan melantik saya sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam kerajaan perpaduan,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Terdahulu, Ahmad turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid atas pelantikannya itu.

Selain Ahli Parlimen Pontian tersebut, turut dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan ialah Steven Sim Chee Keong.

Mereka akan membantu Anwar yang merupakan Menteri Kewangan.

Ahmad sebelum ini pernah menjawat jawatan sama ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari 2013 hingga 2015.

STEVEN SIM

Sementara itu, Steven berkafa, fokus utamanya adalah membantu Anwar melaksanakan tadbir urus kewangan yang cekap, memulihkan ekonomi negara di samping meningkatkan kebajikan rakyat. 

Katanya, amanah itu akan digalas sebaik mungkin sekali gus memohon doa dan sokongan daripada seluruh rakyat.

“Saya akan berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan parti politik,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya