Dua mayat rentung dalam pondok pengawal - Utusan Malaysia

Dua mayat rentung dalam pondok pengawal

ANGGOTA bomba menjalankan siasatan di sebuah pondok pengawal yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas di Kulim. -UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Dua mayat ditemukan dalam keadaan rentung di dalam pondok pengawal yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas di sini malam semalam.

Difahamkan, mangsa ialah seorang lelaki berusia 45 tahun dan wanita berusia 25 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.54 malam .

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati kebakaran melibatkan sebuah pondok kawalan berukuran 1.5 x 2 meter sedang terbakar 50 peratus. Kejadian turut melibatkan dua mangsa rentung di dalam pondok tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pondok tersebut mempunyai pintu jeriji besi yang dikunci dengan rantai besi dan anggota terpaksa memotongnya untuk melakukan pemadaman.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari dalam pondok tersebut dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya