Cikgu Zack, pasangan duet Casablanca tiada sengketa

Cikgu Zack, pasangan duet Casablanca tiada sengketa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontroversi yang melanda Cikgu Zack Kirana gara-gara teguran mengenai penggunaan istilah ‘denyut’ dalam lirik Casablanca tidak sedikitpun mencetuskan persengketaan dengan penyanyi lagu tersebut.

Buktinya, mereka dilihat begitu mesra seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ketika bertentang mata pada sidang media Gempak Most Wanted Awards 2022, baru-baru ini.

Zack atau nama sebenarnya, Saliza Ibrahim tetap optimis dan tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan Nuha Bahrin serta Naufal Azrin kerana antara mereka tiada sengketa.

Baginya, tiada apa yang perlu dikesali, sebaliknya dia memandang positif kerana kontroversi itu membuka mata ramai untuk mula mengkaji tentang penggunaan tepat istilah bahasa Melayu.

“Sebagai pejuang bahasa, saya sangat suka kerana ada yang dulunya tidak rajin buka kamus, sekarang sudah mula membelek kamus. Namun, saya sedih sebab ada individu yang hanya berguru dengan kamus semata-mata.

“Kalau hendak belajar dan mendalami bahasa, sila rujuk pakar. Kamus hanya sebagai rujukan, tetapi yang penting kena berguru untuk mendapatkan ilmu pengetahuan lebih mendalam,” katanya.

Zack merupakan antara lima finalis yang tercalon bagi kategori Motivator Digital Tergempak 2022 bersama calon lain seperti Cikgu Fathi Hussein, Dr. Malar Santhi, Slurpee Crank dan Hazeman Huzir.

Mengulas lanjut tentang istilah ‘denyut’ dan ‘degup’ supaya tidak berlaku kekeliruan, khususnya bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Zack berkata, penggunaan tersebut bergantung pada konteks ayat.

“Kalau cerita tentang konteks perubatan, kita boleh menggunakan perkataan ‘denyut’ yang membawa maksud pergerakan. Istilah ‘degup’ pula ada unsur emosi dan bergantung pada konteks ayat.

“Apapun, saya bukan cari populariti disebabkan lagu tersebut. Saya sudah lama berjuang atas nama bahasa Melayu. Saya sokong semua karya sastera diangkat sebagai lirik lagu. Semoga karya ini lebih berjaya dan bahasa kita mekar di mata dunia,” jelasnya.

Beberapa bulan lalu, pempegaruh terkenal itu pernah menegur kesalahan penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lirik lagu Casablanca nyanyian duo tersebut bagi merujuk pergerakan naik turun organ seperti jantung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya