CIDB lahirkan usahawan binaan berkualiti

CIDB lahirkan usahawan binaan berkualiti

SELAIN mendalami pengetahuan dalam bidang pembinaan, peserta program ACE turut menjalani latihan melibatkan pengurusan perniagaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sentiasa komited dalam melahirkan usahawan binaan berkualiti di negara ini dengan menyediakan pelbagai program bagi menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran mereka.

Antaranya Accelerator Programme For Construction Entrepreneurs (ACE) yang merupakan inisiatif melalui Kementerian Kewangan di bawah Pelan Belanjawan Negara 2022.

Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Kontraktor CIDB, Haniza Soid Hamidi berkata, melalui ACE setiap peserta bukan sahaja diberikan latihan tetapi juga pendedahan kepada amalan terbaik dan pendekatan pengurusan kerja/projek semasa di industri.

Katanya, para pengajar atau penceramah yang dipilih terdiri daripada pemain industri yang berpengalaman dan subject matter experts (SMEs) dalam bidang masing-masing.

“Latihan dijalankan secara dua hala dan setiap latihan juga merupakan platform perbincangan. Topik seperti penyediaan kontrak, pengurusan projek, pengurusan kewangan, pentadbiran perniagaan, teknik promosi masa kini dan pengurusan fasiliti juga akan dibincangkan.

“Pertemuan dengan badan sokongan pembangunan usahawan dan agensi kewangan juga diaturkan.

“Peserta juga akan dinilai sebelum dan selepas program untuk menilai peningkatan kefahaman mereka,” katanya.

Haniza Soid Hamidi

Menurut Haniza, selari dengan perkembangan semasa, eleman pendigitalan terutama pendekatan Internet of Things (IOT) turut diterapkan dalam Program ACE bermula dari proses pendaftaran lagi sehinggalah fasa latihan.

“Setiap peserta diwajibkan membawa laptop masing-masing. Bergantung kepada tajuk kursus, latihan dilaksanakan secara bersemuka dan juga online (hybrid).

“Nota kursus adalah dalam bentuk e-notes dan boleh dicapai di google drive yang disediakan.

“Kehadiran peserta juga menggunakan aplikasi kawalan kedatangan GPS Selesai fasa latihan, peserta kan menjalani program latihan on-job-training (OJT) yang mana mereka akan diletakkan di tapak projek bagi pendedahan pengurusan projek sebenar dan diharap ilmu dan kemahiran yang telah ditimba dapat diaplikasi,” jelasnya.

Dua kategori sasaran Program ACE

Katanya, program ACE menyasarkan dua kategori peserta dari seluruh negara iaitu kontraktor gred G1 hingga G4 dan graduan TVET Pembinaan.

Bagi kontraktor gred G1-G4 ia terbuka kepada pengarah atau pemilik syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB bagi gred *G1 atau *G2 atau *G3 atau *G4 yang memiliki Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK); Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK); dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah.

Mereka mestilah bertaraf bumiputera dengan kewarganegaraan Malaysia, berumur 25 hingga 40 tahun (mengikut tarikh lahir) dengan kleutamaan kepada sekurang-kurangnya yang mempunyai Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) atau setaraf serta tidak muflis (Syarikat/Pemilik).

Bagi kategori Graduan TVET Pembinaan pula terbuka kepada belia bumiputera warganegara berusia 21 hingag 40 tahun (mengikut tarikh lahir), graduan lepasan TVET Pembinaan (Sijil Kemahiran/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan tidak pernah berdaftar sebagai kontraktor di CIDB.

Menurut Haniza, peserta terpilih perlu menjalani latihan komprehensif berstrukur selama 2.5 bulan di mana peserta ini akan diberi pelbagai latihan untuk meningkatkan jati diri, motivasi, pengetahuan keusahawanan serta pelbagai latihan berkaitan pengurusan projek.

Di samping itu, katanya, peserta ini akan menjalani latihan kompetensi kemahiran (Sijil Kompetensi Kemahiran Kontraktor- SKKP CIDB) dan kursus pengkhusan kontraktor (Sijil Kecekapan Pengurusan – SKP CIDB) yang bersesuaian dengan profiling peserta dan suaipadan projek sebenar yang akan dianugerahkan nanti.

Objektif Program ACE
1. Membangunkan golongan usahawan pembinaan atau kontraktor bumiputera yang berpengetahuan dan kompeten.
2. Menyediakan latihan berstruktur yang melibatkan latihan kompetensi dan pengetahuan tentang pengurusan perniagaan dan projek pembinaan.
3. Melengkapkan peserta dengan latihan dan pensijilan yang berkaitan.
4. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu ICT dan mempromosikan adaptasi penggunaan ICT dan teknologi dalam pengurusan pembinaan.
5. Mempraktikkan amalan terbaik dalam pengurusan projek, kualiti, keselamatan, kesihatan dan persekitaran (SHE).

Tujuh modul teras ACE
1. Program Induksi dan Jati diri.
2. Modul Wajib Kontraktor.
3. Modul Keusahawanan.
4. Modul Teknologi dan Kualiti Pembinaan.
5. Modul Penyeliaan dan Pengurusan.
6. Modul Pengkhususan Kontraktor – SKP CIDB.
7. Modul Kompetensi Kemahiran Tred – SKKP CIDB.

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya