Cerun runtuh di LPT 2, laluan di KM 393.4 arah Utara ditutup - Utusan Malaysia

Cerun runtuh di LPT 2, laluan di KM 393.4 arah Utara ditutup

KEADAAN ceruh runtuh yang berlaku di Kilometer 393.4 LPT 2 arah Utara menghala ke Ajil, Hulu Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Sdn. Bhd. menutup laluan di Kilometer (KM) 393.4 LPT 2 arah Utara menghala ke Ajil, dekat sini sejak malam tadi.

LPT 2 dalam kenyataan di Facebook rasmi memberitahu, laluan tersebut ditutup berikutan kejadian cerun runtuh di laluan tersebut pada pukul 11.10 malam.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di dalam laluan kontra yang dibuka susulan kejadian banjir lumpur pada sebelah pagi. 

“Dalam kejadian awal berlaku banjir lumpur pada 18 Disember kira-kira pukul 11.30 pagi di KM 393 (Arah Selatan) LPT 2 antara laluan Ajil ke Bukit Besi. 

“Laluan kontra telah dibuka di KM 392.4 hingga KM394.6 bagi kerja-kerja pembaikan dan laluan kontra itu ditutup setelah kerja-kerja tersebut selesai. 

“Namun begitu, sekitar pukul 11.10 malam, satu  kejadian cerun runtuh berlaku di KM 393.4 arah Utara menghala Ke Ajil, melibatkan kawasan laluan kontra yang telah dibuka sebelum ini,” katanya. 

Tambah kenyataan itu lagi,berikutan kejadian itu, semua kenderaan  dari arah Kuantan dilencongkan keluar ke Plaza Tol Dungun, manakala dari arah Kuala Terengganu keluar melalui Plaza Tol Ajil.

Katanya, pengguna kenderaan di LPT 2 boleh hubungi LPT2line di talian 1-800 88 0220 untuk pertanyaan lanjut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya