Bukan tapak kaki harimau - Utusan Malaysia

Bukan tapak kaki harimau

GAMBAR tular penemuan tapak kaki harimau belang yang didakwa di Batu Kikir, Jempol.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Negeri Sembilan mengesahkan tapak kaki haiwan yang ditemukan di Batu Kikir bukan tapak kaki harimau.

Pengarahnya, Nurul Ermi Ramli berkata, siasatan awal di lokasi mendapati tapak kaki berkenaan adalah daripada haiwan lain yang masih belum dapat dipastikan.

Menurut beliau, pihak jabatan juga telah bertemu dengan individu yang terbabit menularkan mesej mengenai penemuan tapak kaki haiwan dan individu berkenaan hanya beranggapan ia merupakan tapak kaki harimau belang.

“Sehingga kini tiada individu yang tampil membuat aduan kepada pihak jabatan berkaitan kejadian itu. Tahun ini, kami belum menerima sebarang aduan mengenai harimau belang di negeri ini.

“Kami juga menasihatkan penduduk supaya tidak bimbang kerana pihak jabatan sentiasa membuat pemantauan,” katanya.

Sejak semalam tular mesej yang mendakwa kehadiran harimau belang di sekitar Batu Kikir di sini yang turut memaparkan gambar tapak kaki yang didakwa haiwan liar tersebut serta gambar harimau belang yang pernah tular sebelum ini di lokasi lain.

Sementara itu Nurul Ermi berkata, tahun ini pihaknya menerima sebanyak 14 aduan kehadiran harimau kumbang namun tidak semuanya berasas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya