Bimbang banjir, penduduk simpan barang di loteng - Utusan Malaysia

Bimbang banjir, penduduk simpan barang di loteng

SAMSUDIN Omar menunjukkan barangan yang telah disimpan di atas loteng sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kejadian banjir di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Khuatir berulangnya kejadian banjir sehingga menjejaskan rumah seperti berlaku pada Disember tahun lalu, penduduk di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas di sini mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan barangan rumah mereka di atas loteng.

Bekas pengerusi persatuan penduduk taman perumahan itu, Samsudin Omar, 61, berkata, loteng itu sebenarnya dibina sejak 2016 terutamanya oleh pemilik rumah di enam lorong yang terletak berhampiran sungai dan sering dinaiki air sehingga dua meter.

Katanya, loteng itu dibina bagi menyimpan sementara barangan seperti pakaian dan tilam supaya tidak terendam air banjir.

“Saya sudah tinggal di sini 12 tahun, dalam tempoh itu, saya sudah menghadapi enam kali kejadian banjir termasuk banjir besar pada tahun lalu dan perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara.

“Memang tidak sempat untuk bawa semua barang jika berpindah, jadi, kami simpan di atas loteng. Saya mengeluarkan belanja kos RM3,000 bagi menyediakan loteng ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Bagi seorang lagi penduduk, Sadiah Abd. Ghani, 54, dia dan keluarga sudah bersedia dengan membungkus barangan dan dokumen penting agar tidak rosak jika berlaku banjir.

“Barangan elektrik seperti televisyen juga kami letak di tempat tinggi bagi mengelak ia rosak,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya