Beri tempoh enam bulan penduduk Kg Sungai Baru cari rumah

Beri tempoh enam bulan penduduk Kg Sungai Baru cari rumah baharu – Johari

Goldman Sachs
JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak Jabatan Tanah dan Galian (JTG) serta pemaju yang terbabit dalam projek pembangunan semula di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur diminta memberi tempoh selama enam bulan kepada penduduk yang diarahkan berpindah baru-baru ini mencari tempat tinggal baharu,.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga meminta pemilik yang memerlukan lebih masa untuk berpindah agar membuat surat rayuan kepada jabatan berkenaan dan pemaju di mana beliau akan menyokong setiap permohonan tersebut.

Malah kata beliau, pertemuan dengan Datuk Bandar juga sudah dibuat bertujuan membantu menempatkan baki penduduk yang belum mendapat rumah untuk berpindah, supaya dapat ditempatkan di rumah sewa awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau juga akan melantik peguam bagi mewakili 90 peratus pemilik yang telah berpindah daripada kawasan itu agar dapat memantau supaya pemaju dapat memulakan projek berkenaan dengan segera, sekali gus memastikan unit baharu kediaman dikembalikan kepada pemilik yang sudah menunggu begitu lama.

Tambahnya, pemilik yang telah dibayar pampasan sepenuhnya oleh pemaju perlu ditawarkan unit baharu, sekiranya mereka berminat untuk membeli kediaman itu apabila siap kelak.

Johari turut mengkritik mengenai ketiadaan koordinasi yang baik antara pemaju, wakil rakyat dan Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum pemilik diarahkan berpindah pada 2019 dan menyebabkan perkara itu menjadi “rumit” apabila lebih 90 peratus telah bersetuju untuk berpindah.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana projek pembangunan semula pada masa akan datang.

“Kita perlu memastikan pemaju tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 sewenang-wenangnya kepada pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula,” katanya kepada FMT.

Johari berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai baki penduduk Kampung Sungai Baru yang menentang projek pembangunan semula selepas diarahkan berpindah menjelang pertengahan Januari ini.

Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Sungai Baru berkata notis Borang K sudah dikeluarkan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Borang itu menyatakan penduduk diberi masa 30 hari (bermula minggu lalu) untuk mengosongkan kediaman masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya