Bekas juruteknik dinobat perajurit muda terbaik

Bekas juruteknik dinobat perajurit muda terbaik

MUHAMMAD Fazdli Ilahi Yusoff (tengah) bersama isterinya, Nor Shazwanie Adnan, 25, dan bapanya, Yusoff Sirun, 59, selepas menerima  anugerah Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 195/22 yang berlangsung di Padang Kawad, Pusasda, Port Dickson, hari ini. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang bekas juruteknik dinobatkan sebagai Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 195/22 yang berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini, hari ini.

Muhammad Fazdli Ilahi Yusoff, 25, yang merupakan pemegang Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak berkata, selepas tamat pengajian pada tahun 2018, dia sempat bekerja sebagai seorang juruteknik sebelum memohon untuk menyertai Tentera Darat Malaysia pada tahun ini.

“Alhamdulillah telah tamat kursus selama enam bulan, memang tidak sangka saya menerima anugerah perajurit muda keseluruhan terbaik. Isteri dan keluarga amat memahami pilihan saya dalam bidang ini dan mereka memberikan sokongan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dia telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan sendiri oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain. 

Dia yang berasal daripada Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan berkahwin pada 3 Februari lalu menambah, latihan selama enam bulan tersebut telah banyak memberikan perubahan kepada dirinya terutama daripada sudut disiplin diri.

“Saya dapat belajar cara kehidupan yang lebih berdisiplin dan cara pergaulan bersama orang atasan dan rakan-rakan. Sememangnya saya suka berkawad dan ada keinginan yang tinggi untuk melibatkan diri dalam kawad istiadat,” katanya terpilih memasuki Kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). 

Seramai 2,417 orang perajurit muda berjaya menjalani latihan asas ketenteraan meliputi antaranya aspek pembinaan karakter, pengetahuan am ketenteraan, pengendalian senjata, latihan jasmani dan kemahiran perang sejak 10 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya