Bekalan makanan cukup untuk mangsa banjir

Bekalan makanan cukup untuk mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjamin bekalan makanan untuk mangsa-mangsa banjir di negeri Pantai Timur mencukupi dan akan menggerakkan bantuan bakul makanan bagi memudahkan mangsa yang terlibat. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Salahuddin Ayob berkata pihaknya mengenal pasti terdapat peningkatan harga sayur namun ia merupakan kesan daripada keadaan cuaca dan iklim di negeri-negeri terjejas.

“Setakat ini, laporan yang saya dapati terdapat sedikit peningkatan harga sayur tempatan. Isu itu saya telah minta pihak berkuasa untuk memastikan ia tidak berlaku penyorokan di tempat penyimpanan untuk catuan harga. 

“Jadi ini yang kita dapati, ia berkurang kerana cuaca iaitu banjir yang berlaku di Pantai Timur. 

“Bagaimanapun, setakat ini laporan saya, bekalan makanan di negeri-negeri ini stabil. Ia boleh didapati dan masih terkawal,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen. 

Salahuddin turut komited untuk memastikan kementeriannya bergerak pantas dan pamerkan kecekapan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri terjejas.

“Bagi mangsa-mangsa banjir di seluruh negara iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, kementerian akan menggerakan bantuan bakul makanan kepada mana-mana mereka yang perlu mendapatkan bekalan makanan. 

“Kita akan fokus pada makanan yang sedia dimasak bagi mudahkan rakyat. Kita sedia maklum keadaan dapur mereka dalam keadaan banjir. Pasukan kami akan menghantar bantuan peringkat demi peringkat. 

“Kami akan cuba untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Kita akan gerakkan bantuan ini hari ini dan kita akan cuba cepat bergerak. Mengenai sasaran bantuan, kami akan bergantung pada data kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya