Bas Nadiputra beroperasi bawah Rapid Bus mulai 1 Januari

Bas Nadiputra beroperasi bawah Rapid Bus mulai 1 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua perkhidmatan bas henti-henti Nadiputra akan diletakkan di bawah kendalian dan operasi Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) bermula 1 Januari ini.

Perkara itu dikongsi menerusi laman Facebook Perbadanan Putrajaya (PPj) yang memaklumkan, biarpun di bawah operasi Rapid Bus, namun nama perkhidmatan bas masih dikekalkan sebagai Bas Nadiputra.

“Sebanyak tujuh laluan diperkenalkan yang akan beroperasi bermula pukul 6.30 pagi hingga 8 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari pukul 7 pagi hingga 8 malam pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.

“Kadar tambang sebanyak RM1 sehala untuk enam laluan, manakala satu laluan iaitu laluan P101 (Kompleks F – Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – Persiaran Perdana – Presint 5) adalah percuma,” katanya.

Katanya, pembayaran tambang adalah secara tanpa tunai mengunakan kad Touch n Go dan kad konsesi MyRapid, manakala, diskaun kadar tambang pula layak dimohon oleh golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar.

Laluan P102 membabitkan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – Presint 1 – Presint 11, manakala P103 pula dari Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – Presint 14.

Bagi laluan P104 pula, ia bermula dari Dataran Gemilang – Presint 4 – Presint 5 dan P105 pula Dataran Gemilang – Presint 4 – Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – Presint 1.

Selain itu, laluan P106 membabitkan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – Presint 1 – Presint 16 – Wisma Belia dan Sukan, manakala laluan P108 pula Terminal Putrajaya Sentral – Presint 7 – Presint 9 – Persiaran Salahuddin Abdul Aziz Shah – Presint 1.

Maklumat berkenaan operasi perkhidmatan bas henti-henti dan laluan ini boleh di dapati di: laman web: www.myrapid.com.my, Facebook: @myrapid, Talian Bantuan: 03-7885 2585 atau emel: [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya