Bantuan tunai diteruskan, Isi rumah terima RM300, bujang RM100

Bantuan tunai diteruskan, isi rumah terima RM300, bujang RM100 Januari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bantuan tunai rakyat akan diteruskan bagi meringankan kos sara hidup, kata Perdana Menteri. 

Menjelaskan perkara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah keutamaan sekali gus menyifatkan RUU itu penting untuk diluluskan bagi membolehkan penyaluran Bantuan Kebajikan Masyarakat kepada isi rumah miskin, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). 

“Sukacita juga saya umumkan, bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan selama ini akan tetap diteruskan. Insya-Allah bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 akan disalurkan awal iaitu pada Januari 2023 berbanding Mac pada tahun ini. 

“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang. 

“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya  ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya