Banjir: Kedah sumbang RM200,000 kepada Kelantan dan Terengganu - Utusan Malaysia

Banjir: Kedah sumbang RM200,000 kepada Kelantan dan Terengganu

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah bersetuju menyumbangkan bantuan kewangan berjumlah RM200,000 kepada Kelantan dan Terengganu berikutan bencana banjir yang melanda kedua-dua negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pemberian tersebut akan dibahagian secara sama rata iaitu RM100,000 untuk setiap negeri.

“Selain itu, empat kontena berisi 24,000 beg beras serta bahan makanan asas lain akan turut dihantar ke Kelantan dan Terengganu hasil sumbangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

“Penghantaran sumbangan makanan tersebut akan dibuat sebaik keadaan mengizinkan,” katanya dalam satu kenyataan. di sini hari ini.

Langkah untuk memberi sumbangan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dipengerusikannya di Wisma Darul Aman, semalam.

Utusan Malaysia melaporkan lebih 200,000 penduduk di Terengganu dan puluhan ribu lagi di Kelantan terjejas akibat banjir.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor turut menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM500,000 masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya