Banjir di Terengganu hampir pulih, tinggal 53 mangsa huni PPS - Utusan Malaysia

Banjir di Terengganu hampir pulih, tinggal 53 mangsa huni PPS

PENDUDUK yang berpindah di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior sebelum ini pulang ke rumah selepas banjir surut di Kampung Pinang Merah, Paka, Dungun, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Situasi banjir di Terengganu hampir pulih apabila jumlah mangsa hanya tinggal seramai 53 orang daripada 12 keluarga di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 malam ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, sebuah PPS yang masih beroperasi itu ialah di Masjid Kampung La di Besut.

Menurutnya, jumlah mangsa banjir tersebut berkurangan berbanding seramai 138 orang mangsa banjir pagi tadi.

“Ini berikutan PPS Balai Raya Kampung Pantai yang juga di daerah Besut telah ditutup secara rasmi pada pukul 10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, keadaan cuaca pula baik di kebanyakan kawasan di negeri ini pada sepanjang hari ini.

Difahamkan sebahagian daripada penduduk di Kampung La terpaksa tinggal di PPS tersebut kerana rumah mereka rosak dan dihanyut arus deras dalam kejadian banjir buruk baru-baru ini.

Dalam pada itu, tinjauan di Kampung La hari ini mendapati penduduk masih bertungkus lumus membersihkan peralatan dan pakaian kotor dengan bantuan saudara mara yang tinggal berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya