Baby Shima tak pernah dipaksa buat gimik

Baby Shima tak pernah dipaksa buat gimik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INSIDEN jawapan spontan peserta yang dianggap kurang sopan mencetuskan keresahan penonton dalam sebuah program realiti, baru-baru ini, membuka mata banyak pihak.

Apatah lagi, program itu ditonton pelbagai lapisan umur hingga menimbulkan persoalan, wajarkah babak sebegitu dijadikan hidangan kepada khalayak?

Tidak kurang, ramai mempersoalkan tindakan produksi yang seolah-olah sengaja ‘mencanang’ kelemahan peserta semata-mata untuk mendapat jumlah tontonan tinggi.

Malah, ada yang menganggap, paparan kontroversi itu telah dirancang lebih awal. Benarkah ia sebahagian daripada perancangan produksi?

Sekalipun mempertahankan segala yang dipaparkan di skrin televisyen adalah realiti, bagi penonton, banyak pendekatan lain boleh diambil untuk memancing jumlah tontonan.

Ramai mempersoalkan, apakah elemen drama dan gimik masih relevan untuk menambat tontonan?

Apakah sudah tiba masa produksi memikirkan strategi baharu kerana khalayak semakin matang dalam menilai pengisian yang dihidangkan?

Berikut beberapa pandangan yang dikumpulkan berhubung isu tersebut.

Tidak pernah dipaksa buat gimik, semua itu realiti – Baby Shima

BERPENGALAMAN menyertai program realiti dalam dan luar negara, penyanyi, Baby Shima berkata, dia tidak pernah diminta atau dipaksa melakukan sebarang gimik semata-mata untuk menaikkan program tersebut.

Kongsi Baby Shima, dia dan peserta lain dipesan berulang kali untuk tetap menjadi diri sendiri dan menerima setiap kritikan sama ada baik atau sebaliknya sebagai proses pembelajaran.

“Saya sendiri pernah diherdik di atas pentas. Tetapi saya terima kerana itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Apa yang juri cakap ketika itu semua betul. Secara peribadi, saya lebih suka juri yang jujur daripada hanya tahu memuji.

“Apa yang anda lihat semua di atas pentas adalah realiti, bukan gimik yang sengaja dicipta. Tidak pernah pula saya dengar peserta dipaksa berlakon atau melakukan gimik semata-mata untuk rating.

“Apa yang saya selalu dengar, kami perlu menjadi diri sendiri. Seperti di pentas D’ Academy Asia, ada ketika pertandingan berlangsung sehingga enam jam. Kita bebas buat apa sahaja, tiada gimik sengaja dicipta,” katanya.

Dalam pada itu, Baby Shima berkata, setiap peserta program realiti harus kuat semangat dan menerima kritikan yang dilontar juri asalkan tidak menjatuhkan air muka.

“Nak jadi artis kena tahan telinga. Komen juri adalah untuk kita memperbaiki nyanyian dan persembahan. Realiti di luar lebih kejam. Baik macam mana sekalipun, tetap akan ada yang tidak suka.

“Jangan takut dikritik. Daripada kita digula-gulakan dengan pujian kerana menjaga hati atau takut dikecam, lebih baik terima teguran membina,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya