Avatar: The Way of Water - kepuasan sebuah penantian - Utusan Malaysia

Avatar: The Way of Water – kepuasan sebuah penantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENANTIAN peminat filem Avatar untuk menyaksikan sekuel produksi tersebut berakhir apabila Avatar: The Way of Water akhirnya menemui penonton selepas 15 tahun dihasilkan. 

Filem yang menelan kos lebih AS$350 juta itu mencipta kejayaan memberangsangkan dengan rekod kutipan AS$175 pada hari pertama ditayangkan, 14 Disember lalu. 

Antara persoalan ditimbulkan peminat Avatar sebelum ini adalah mengapa pengarah dan penerbit, James Cameron mengambil masa terlalu lama untuk menghasilkan filem kedua?

Majalah Times, menerusi laporannya pada awal bulan ini, merungkai persoalan tersebut. 

Selepas produksi pertama dipertontonkan kepada dunia, Cameron mengambil tempoh bertenang sebelum meneruskan perancangan francais Avatar seterusnya. 

Cameron, pada 2012, meneroka kedalaman jurang Mariana menggunakan sebuah kapal selam yang dihasilkannya sendiri. 

Pencapaian itu menjadikannya manusia pertama yang berjaya turun ke dasar laut paling dalam secara solo. 

Cameron pada awal merancang untuk membahagikan francais Avatar kepada tiga filem.

Bagaimanapun, sepanjang empat tahun menulis cerita bermula 2013, beliau memutuskan untuk menambah beberapa lagi filem susulan Avatar selepas berupaya meluaskan dimensi penceritaannya. 

Selepas lebih sedekad ditayangkan, Avatar sehingga hari ini masih memukau dengan kekuatan sinematografinya. 

Sebahagian besar dicipta dengan teknologi khas yang berkesan dalam menangkap setiap inci pergerakan dan ekspresi wajah manusia. 

Cameron menggunakan teknologi sama, merakam setiap babak Avatar: The Way of Water, termasuk di dalam air. 

Pendekatan tersebut merupakan sesuatu yang belum pernah dilakukan dan memerlukan penyelesaian kejuruteraan tahap tinggi yang mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan. 

Pada masa sama, pengarah berusia 68 tahun itu bekerjasama dengan syarikat Weta Digital untuk memperkemaskan kesan khas yang digunakan dengan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) terkini. 

Langkah Cameron menyiapkan Avatar 2 dan Avatar 3 secara serentak dianggap bijak. 

Cameron memerlukan tiga tahun, bermula 2017 untuk menyiapkan kedua-dua filem tersebut. 

Barisan pelakon Avatar 2 berdepan cabaran sukar kerana kebanyakan babak filem ini dirakam dalam tangki berisi 900,000 gelen air. 

 

Selama berbulan-bulan, pelakon dilatih untuk berenang dan menyelam tanpa menggunakan gas oksigen. Pelakon, Kate Winslet yang melakonkan watak Ronal dilaporkan mencatatkan rekod paling lama, iaitu tujuh minit dalam air tanpa menggunakan tangki oksigen berbanding pelakon lain. 

Proses penghasilan kesan khas Avatar: The Way of Water juga mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan bagi mendapatkan hasil yang kemas dan meyakinkan. 

Sekuel Avatar menelan kos yang terlalu besar. Cameron berkata, produksi tersebut perlu menjadi filem ketiga atau keempat dengan kutipan tertinggi seluruh dunia kerana kos pembikinannya yang luar biasa. 

“Itu sasaran pulangan modal yang perlu dicapai kerana pelaburan dibuat amat besar untuk filem ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya