APAD batalkan lesen syarikat lori akibatkan kematian bayi di Gerik

APAD batalkan lesen syarikat lori akibatkan kematian bayi di Gerik

Operator maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA :  Lesen pengendali syarikat lori yang terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak pada 29 Oktober lalu sehingga mengakibatkan kematian seorang bayi dibatalkan berkuat kuasa serta-merta.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan pembatalan tersebut dibuat selepas syarikat berkenaan, Mun Fei Enterprise didapati gagal dalam Audit Keselamatan (JISA) dan mempunyai rekod kesalahan lampau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan keselamatan pengguna.

Susulan daripada insiden kemalangan itu, siasatan dijalankan antara JPJ dan APAD dan tindakan diambil di bawah Seksyen 57(1)(b)(x) dan Seksyen 58(1)(b) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“Jawatankuasa Penggantungan dan Pembatalan Lesen APAD memutuskan untuk membatalkan lesen Pengendali Mun Fei Enterprise IPO103026-M berkuat kuasa serta-merta,” katanya hari ini.

Berikutan kejadian itu, permit syarikat syarikat berkenaan digantung selama setahun selain lesen pemandu lori itu juga turut digantung antara enam hingga lapan bulan.

Keputusan penggantungan dibuat JPJ selepas mendapati, lori syarikat tersebut gagal dalam Pemeriksaan dan JISA dijalankan JPJ dan APAD.

Dalam kejadian pada 29 Oktober lalu itu, seorang bayi maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarganya merempuh muatan yang jatuh dari lori berkenaan dari arah bertentangan ketika melalui satu selekoh di Gerik.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya