KUALA LUMPUR: Kabinet kerajaan perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diumumkan esok pada pukul 5 petang.
Menurut sumber Utusan Malaysia, saiz Kabinet itu dikurangkan sehingga 60 peratus berbanding kerajaan terdahulu iaitu hanya terdiri daripada 25 ahli Jemaah Menteri.
Turut dimaklumkan oleh sumber itu, dua Timbalan Perdana Menteri akan dilantik dalam Kabinet tersebut.
Difahamkan, majlis angkat sumpah boleh diadakan pada hari sama atau Sabtu. – UTUSAN