Anwar persembah senarai Kabinet?

Anwar masuk Istana Negara, dipercayai persembah senarai Kabinet

KENDERAAN membawa Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara pagi ini. -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara pagi ini, dipercayai untuk mempersembah senarai barisan Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan membawa Anwar dilihat memasuki pintu utama Istana Negara di sini kira-kira pukul 8.23 pagi.

Terdahulu, khabar angin bertiup kencang menyatakan senarai Kabinet baharu atau sebahagian daripadanya bakal diumumkan Anwar petang ini.

Dalam satu Majlis Ramah Mesra Reformis di Sungai Long, Kajang, malam tadi, Anwar mengesahkan akan menghadap Seri Paduka pagi ini.

Malah, Perdana Menteri memaklumkan perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet kerajaan perpaduan hampir selesai dan berharap dapat diumumkan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya