Anita Baharom sah bergelar isteri Engku Isyamuddin

Anita Baharom sah bergelar isteri Engku Isyamuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Dengan sekali lafaz, pelakon, Anita Baharom, 38, sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom, disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Muhammad Hakimi Mustapa.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin tiga dinar emas, namun jumlah hantaran dirahsiakan.

Majlis pernikahan yang berlangsung penuh meriah di Bizmilla Garden Hall, One City, di sini dihadiri lebih 100 tetamu, termasuk keluarga dan rakan terdekat.

Majlis resepsi meraikan pasangan tersebut akan diadakan di lokasi sama, malam ini.

Terdahulu, majlis khatam al-Quran untuk pengantin lelaki diadakan sebelum mereka diijabkabulkan.

Anita dan suami mula mengenali antara satu sama lain sejak 2017 ketika acara Sukan SEA.

Mereka mulai rapat apabila Anita tamat edah selepas suaminya, Mohd. Ismadi Ismail, 50, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kencing manis pada 1 Januari lalu.

Anita dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail hasil perkongsian hidup bersama arwah Mohd. Ismadi.

Engku Isyamuddin pula pernah lima kali mendirikan rumah tangga dan memiliki lapan cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya