Angka mangsa banjir di Terengganu bertambah kepada 37,792 orang - Utusan Malaysia

Angka mangsa banjir di Terengganu bertambah kepada 37,792 orang

ANGGOTA polis membantu mangsa banjir berpindah di Besut, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Angka penduduk yang terjejas banjir di Terengganu terus bertambah kepada 37,792 orang daripada 10,401 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 29,717 mangsa daripada 8,214 keluarga pada pukul 10 malam tadi.

Kesemua mereka kini ditempatkan di 310 pusat pemindahan sementara (PPS) di kesemua lapan daerah di Terengganu iaitu penambahan 19 PPS dalam tempoh 10 jam berbanding 291 sahaja sebelum ini.

Situasi banjir yang semakin buruk di negeri ini berikutan pertembungan air pasang besar dan limpahan dari air sungai-sungai utama di seluruh Terengganu sepanjang malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata mangsa tertinggi ialah di daerah yang paling teruk terjejas iaitu Kemaman dengan 12,000 orang daripada 3,094 keluarga dipindahkan ke 37 PPS pagi ini berbanding 9,717 mangsa daripada 2,497 keluarga di 35 PPS malam tadi.

“Jumlah mangsa juga naik mendadak di daerah Besut iaitu 8,228 orang daripada 2,250 keluarga di 92 PPS berbanding 5,492 orang daripada 1,506 keluarga di 84 PPS malam tadi

“Di Hulu Terengganu pula, mangsa bertambah sedikit kepada 6,691 orang daripada 2,097 keluarga di 61 PPS pagi ini berbanding 6,401 orang daripada 1,978 keluarga di 60 PPS sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, jumlah mangsa di daerah Setiu kekal tidak berubah iaitu 3,988 orang daripada 1,196 keluarga yang kini dipindahkan ke 56 PPS.

“Daerah Dungun juga mencatat sedikit peningkatan kepada 2,484 orang daripada 659 keluarga di 36 PPS berbanding 1,963 orang daripada 527 keluarga di 32 PPS malam tadi.

“Situasi sama juga berlaku di Kuala Terengganu yang merekodkan peningkatan mangsa kepada 1,900 orang daripada 503 keluarga di 10 PPS pagi ini berbanding 987 orang daripada 241 keluarga di sembilan PPS pada pukul 10 malam tadi.

“Di Kuala Nerus pula, mangsa meningkat lebih sekali ganda kepada 1,521 orang daripada 371 keluarga di 10 PPS berbanding 689 orang daripada 160 keluarga di lapan PPS sebelum ini,” katanya.

Situasi sama juga berlaku di Marang yang merekodkan kenaikan sekali ganda iaitu 980 orang daripada 231 keluarga di lapan PPS berbanding 480 orang daripada 108 keluarga di lima PPS malam tadi.

Media sosial dipenuhi dengan perkongsian terkini mangsa-mangsa banjir yang menyifatkan ia adalah bencana terburuk sejak tahun 1986 dan 1992 terutama penempatan di pinggir Sungai Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya