Altimet serah royalti lagu Aduh Malaysia kepada waris P. Ramlee - Utusan Malaysia

Altimet serah royalti lagu Aduh Malaysia kepada waris P. Ramlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Altimet menyerahkan 100 peratus hasil kutipan royalti lagu ciptaannya, Aduh Malaysia kepada waris Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Altimet berkata, lagu yang diinspirasikan daripada filem Ali Baba Bujang Lapok itu diharap dapat membantu waris Seniman Negara itu yang bakal kehilangan hak royalti tahun hadapan.

“Sebenarnya saya lepaskan semua royalti lagu ini kepada waris Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tahun 2022 antara tahun terakhir untuk warisnya mendapat hasil harta inteleknya.

“Hak ini akan lupus 50 tahun selepas pencipta meninggal dunia. Lagi ramai orang menyanyi, lagi banyak mereka dapat. Jadi, terimalah kasih semua,” ujarnya.

Perkongsian Altimet di Twitter itu mendapat respons positif peminat yang rata-rata baru didedahkan berkaitan hak royalti komposer dan penulis lirik.

Dalam pada itu, Altimet berkata, dia sudah merancang untuk menyerahkan hak royalti lagu tersebut sejak 2016 dan menambah baik lagu tersebut bersesuaian dengan situasi politik negara tahun ini.

“Perkara ini sudah lama dirancang. Lagu siap 2016. Tambah baik sikit pada 2021 dan 2022. Sentimen rakyat kena pada masa ini.

“Allahyarham meninggal dunia pada 1973. Tahun depan tahun akhir, apa lagi (mainkan lagu). Terima kasih semua yang viralkan lagu ini. Saya tak mampu balas jasa anda satu persatu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya