PETALING JAYA: Runtuhan cerun yang menjejaskan tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di Batang Kali dekat Hulu Selangor sehingga mengakibatkan 94 mangsa terperangkap dipercayai akibat aliran air di bawah tanah di kawasan berkenaan. Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Pengarah Bahagian Kebombaan Operasi dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengenai perkara itu memandangkan operasi menyelamat masih giat dilakukan ketika ini. “Disyaki aliran bawah tanah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.. Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan statistik yang direkodkan JBPM, sebanyak 220 kejadian tanah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya