Ahmad Zahid, Fadilah dilantik sebagai TPM

Ahmad Zahid, Fadilah dilantik sebagai TPM

AHMAD ZAHID HAMIDI dan FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikan Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk manakala Fadilah merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya diumumkan oleh Anwar dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Kewujudan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah julung kali diadakan setelah mengambil kira penyertaan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kerajaan perpaduan.

Anwar juga memaklumkan Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Fadilah pula sebagai Menteri Komoditi.

Sebelum ini, sewaktu sidang media pertama sebagai Perdana Menteri, Anwar memaklumkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri kerajaan perpaduan masing-masing akan diisi wakil BN dan GPS selaku parti terbesar selepas PH.

Setakat ini, kerajaan perpaduan disertai PH yang mempunyai 82 kerusi dan diikuti BN (30), GPS (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta disokongan parti-parti lain sekali gus kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga ahli Parlimen. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya