Adly Zahari mula bertugas sebagai Timbalan Menteri Pertahanan - Utusan Malaysia

Adly Zahari mula bertugas sebagai Timbalan Menteri Pertahanan

MOHAMAD Hasan bersalaman dengan Adly Zahari yang memulakan tugas hari pertama secara rasmi di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Adly Zahari secara rasminya memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Pertahanan selepas mengangkat sumpah di Istana Negara kelmarin.

Antara langkah awal Adly sebagai timbalan menteri sebaik sahaja tiba di Wisma Pertahanan adalah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Adly turut menghabiskan hari pertamanya di Kementerian Pertahanan dengan sesi Taklimat Eksekutif yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Beliau diberikan gambaran menyeluruh berkaitan dasar, polisi dan peranan Kementerian Pertahanan dan ATM dalam mendukung agenda nasional.

Selain itu, Adly menerima tabik hormat dan membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Wisma Pertahanan.

Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-lain Pangkat daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) diketuai Mejar Mohd. Syahril Jopri bersempena hari pertama Adly di Kementerian Pertahanan.

Adly merupakan Timbalan Menteri Pertahanan ke-14 yang memegang jawatan tersebut sejak Kementerian Pertahanan ditubuhkan pada 1978.

Sebelum ini, jawatan itu disandang oleh Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Liew Chin Tong pula menyandang jawatan tersebut ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018 hingga 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya