Adam Adli mohon tunjuk ajar, bimbingan

Adam Adli mohon tunjuk ajar, bimbingan laksana tugas timbalan menteri

Adam Adli Abd. Halim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd. Halim, 33, memohon tunjuk ajar dan bimbingan daripada semua pihak bagi menggalas amanah sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Beliau bagaimanapun memandang ke hadapan untuk berkhidmat di kementerian yang dipimpin Hannah Yeoh.

“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan amanah yang dipertanggungjawabkan. 

“Mohon tunjuk ajar, bimbingan dan doa dari semua,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Adam Adli yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR merupakan antara barisan anak muda yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN