‘Ada infrastruktur kelas pertama, penyelenggaraan kelas ketiga’

‘Ada infrastruktur kelas pertama, penyelenggaraan kelas ketiga’

ANTHONY Loke (tengah) ketika meninjau pusat koordinasi Sistem Mencari dan Menyelamat (SAR) di KLATCC, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Malaysia mempunyai kemudahan infrastruktur kelas pertama, namun sistem penyelenggaraan sektor pengangkutan berada dalam kelas ketiga.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, justeru budaya tersebut perlu diubah bagi memastikan ia seiring dengan keupayaan teknologi ketika ini.

“Apa yang kita perlu laksanakan, kita laksanakan dalam kadar segera, saya lebih bersemangat (sekarang) berbanding semasa berada di MOT (Kementerian Pengangkutan) buat pertama kali, sebab hidup ini kita tak tahu berapa lama dalam satu kedudukan, jadi pengalaman lalu mengajar saya apa sahaja peluang yang ada kita mesti buat terbaik.

“Bukan sahaja CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia), semua sektor dalam MOT perlu pentingkan penyelenggaraan (kerana) saya telah lihat masalah yang timbul membabitkan LRT untuk sektor pengangkutan awam kita.

“20 tahun lepas semasa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) lagi kita dah sebut kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi (sistem) penyelenggaraan kelas ketiga, ini sesuatu yang kita kena ubah,” katanya ketika berucap pada lawatan kerja ke Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, ketiadaan budaya penyelenggaraan seiring dengan teknologi adalah mustahil negara tidak mampu bergerak dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Pada lawatan kerja Khamis lalu, Anthony memaklumkan semua lif di 16 stesen monorel sekitar Lembah Klang masih tidak berfungsi berdasarkan laporan audit diterima daripada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Selain itu, menurutnya, sebanyak 46 daripada 706 eskalator juga didapati tidak berfungsi sementara dari aspek pencahayaan pula, laporan audit itu memaklumkan sebanyak 664 lampu masih tidak berfungsi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya