Tujuh klinik terjejas akibat banjir kembali operasi

Tujuh klinik terjejas akibat banjir di Hulu Terengganu kembali operasi

banjir
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu memindahkan penduduk yang terlibat banjir di Kuala Ping, Hulu Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Dua klinik kesihatan  serta lima klinik desa di daerah ini yang terjejas dan terputus hubungan akibat bencana banjir kini boleh beroperasi seperti biasa.

Menerusi kenyataan di Facebook Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, dua klinik kesihatan tersebut ialah Tengkawang dan Felda Mengkawang.

Sementara itu, katanya, klinik desa embali beroperasi pula ialah di Kuala Jeneris, Padang Setar, Bukit Gemuruh, Menerong serta Felda Tersat,

“Setakat maklumat sehingga pukul 10 pagi ini, tujuh ia sudah boleh beroperasi. Namun, klinik desa Kua yang terjejas banjir masih ditutup sementara waktu.

“Kemudahan yang terputus hubungan dan masih beroperasi iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu kini berpindah perkhidmatan ke Kuala Berang,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu di talian 09-6811395.

Sementara itu, setakat pukul 12 tengah hari ini, seramai 6,063 mangsa daripada 2,024 keluarga berpindah di 49 pusat pemindahan sementara (PPS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya