600,000 layak enggan membayar zakat  - Utusan Malaysia

600,000 layak enggan membayar zakat 

Membayar zakat
MOHD. Sabirin Mohd. Sarbini (tengah, kiri) bergambar bersama penerima dan pembayar zakat pada Majlis Bayaran Zakat dan Agihan Zakat 2022 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dianggarkan lebih 600,000 individu dan syarikat yang layak membayar zakat masih belum melunaskan ibadah tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini, setakat ini hanya 335 ribu individu termasuk syarikat yang sudah menjadi pembayar zakat berdaftar dengan badan.

“Keseluruhan yang layak membayar zakat adalah sejuta orang namun hanya 335 ribu individu dan syarikat berbuat demikian.

“Selebihnya iaitu kira-kira 600,000 individu dan syarikat yang layak tetapi tidak membayar zakat, kita akan meneruskan dakwah agar golongan tersebut turut menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya selepas Majlis Bayaran Zakat dan Agihan Zakat 2022, hari ini.

Beliau menambah, bagaimanapun LZS istiqamah melakukan dakwah dan kempen terhadap golongan yang masih enggan membayar zakat dari masa ke semasa.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, lebih RM800 juta zakat dikutip oleh pihak setakat bulan November tahun ini dan optimis sasaran RM1 bilion masih mampu dicapai walaupun 2022 akan berakhir kurang dua minggu lagi.

“Tahun lalu kita  mendapat kutipan zakat sebanyak RM993 juta dan dengan kempen dan dakwah yang berterusan kita berharap sasaran RM 1bilion menjadi kenyataan,” ujarnya.

Dalam program tersebut,sebanyak 45 buah syarikat tampil menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM11,151,204.10 dengan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) mendahului senarai syarikat yang menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM2,589,368.

Kedudukan tersebut diikuti QSR Brands (M) Holdings Bhd. dan Kumpulan sebanyak RM1,737,487; SIRIM Berhad sebanyak RM1,138,278.91 dan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. RM1,000,000. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya