6 warga asing kendali bot nelayan tempatan ditahan - Utusan Malaysia

6 warga asing kendali bot nelayan tempatan ditahan

SERAMAI enam PATI warga Myanmar dan Thailand yang didapati mengendalikan bot nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia di kedudukan 77.7 kilometer barat Pulau Kendi, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didapati mengendalikan bot nelayan tempatan semalam.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, kapal ronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot nelayan kelac C sedang begerak di kedudukan 77.7 kilometer barat Pulau Kendi ketika dalam perjalanan melaksanakan rondaan Op Tanjung, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati, bot yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak itu dikendalikan lima PATI warga Myanmar dan seorang tekong warga Thailand berumur antara 23 hingga 54 tahun.

“Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bot serta kesemua kru ditahan termasuk hasil laut dianggarkan sebanyak 500 kilogram dibawa ke Jeti Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia menegaskan kepada semua terutama komuniti nelayan termasuk pemilik bot agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja melanggar undang-undang Persekutuan yang sedia ada.

“Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya