511 mangsa banjir di 5 PPS setakat 5 petang

511 mangsa banjir di 5 PPS setakat 5 petang

MAZIAH Che Yusoff (kanan) beramah mesra dengan mangsa banjir di salah sebuah PPS di Dengkil, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan kesemua mangsa banjir yang berada di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak dan Selangor ketika ini sudah diberi bantuan dan perlindungan sewajarnya.

KPWKM menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, setakat 5 petang tadi, seramai 147 keluarga merangkumi 511 orang mangsa ditempatkan di lima PPS di dua negeri berkenaan.

Menurutnya, kesemua mangsa diuruskan dengan baik terutama dari segi penyediaan makanan dan tempat tidur yang selesa.

“Merujuk kepada Arahan No. 20 di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diberi tanggungjawab menyedia dan menyelenggara PPS.

“JKM juga diarahkan untuk menyedia dan mengedar bantuan makanan, pakaian dan keperluan asas kepada mangsa bencana selain melaksanakan pendaftaran mangsa bencana di PPS bagi maksud pemulihan.

“Jabatan itu juga akan memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada mangsa bencana serta membersihkan PPS setelah PPS ditutup,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff bersama pegawai kanan JKM berkesempatan melawat Dewan Orang Ramai Kampung Dato’ Ahmad Razali, PPS Dewan Orang Ramai Dengkil dan PPS Dewan Orang Ramai Taman Gemilang di sini, petang tadi.

Lawatan itu bagi meninjau dan memantau operasi di tiga PPS berkenaan yang masing-masing dibuka sejak dua hari lalu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tiga PPS di Dengkil ketika ini meningkat kepada 194 orang berbanding 189 orang semalam.

Menurutnya, buat masa ini, PPS Dewan Komuniti Taman Gemilang kekal dengan 62 mangsa, PPS Dewan Orang Ramai Dengkil (46 mangsa) dan Dewan Orang Ramai Kg Dato Ahmad Razali (86 mangsa.

“Kesemua mangsa banjir adalah dari tiga buah kampung iaitu Kampung Ampar Tenang, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Cemperai, di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya