464 pegawai, anggota pelbagai agensi terlibat operasi menyelamat - Utusan Malaysia

464 pegawai, anggota pelbagai agensi terlibat operasi menyelamat

ANGGOTA pasukan bomba dan penyelamat Malaysia membawa keluar mayat mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 464 pegawai dan anggota daripada 15 agensi terlibat dalam operasi dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 141 kekuatan merupakan pegawai dan anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) diikuti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (210 orang).

Kata beliau, turut terlibat dalam operasi sama iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (60 orang) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sebanyak 42 orang.

“Sebanyak 25 pegawai melibatkan Kementerian Kesihatan; Angkatan Tentera Malaysia (25 orang) dan lain-lain agensi (101 orang).

“Kita masih dalam operasi menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya