4 nelayan warga Indonesia ditahan ceroboh perairan negara - Utusan Malaysia

4 nelayan warga Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

SERAMAI empat nelayan warga Indonesia ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang di perairan Pulau Kendi kerana menceroboh perairan negara semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan empat nelayan warga Indonesia yang didapati menceroboh perairan negara semalam.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, kapal ronda Maritim Malaysia menahan sebuah bot nelayan asing Indonesia di kedudukan 48 kilometer barat Pulau Kendi ketika melaksanakan rondaan Op Tanjung, pukul 11 pagi.

”Pemeriksaan ke atas bot mendapati bot terbabit berpangkalan di Pantai Labu, Sumatera Utara, Indonesia dan dikendalikan empat kru warga Indonesia berumur antara 35 hingga 50 tahun.

”Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

”Bot serta kru ditahan termasuk hasil laut dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

”Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal dari sebarang pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut di perairan Malaysia,” katanya.

Tambahnya, sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya